Monday 19 August 2013

hakeem

Bismillah ar Rahman ar Raheem

Teringat satu babak dalam drama Islam KTP, sebuah drama Islamik dari Indonesia.
Alkisah seorang bapa yang ada anak yang sedikit bermasalah, lalu pergi mengadu dengan Bang Ali.

Bapak: Sudah bermacam cara aku guna, cara lembut, cara kasar, semua tak menjadi.
Bang Ali: Kau sudah cuba cara berhikmah?
Bapak: ???

Asalnya aku sendiri tak faham, tapi alhamdulillah selepas mengharungi rumah tangga selama setahun dan melihat macam-macam keluarga terdekat dan jauh, I think I get the gist of it. Sebelum ni, aku selalu fikir cara lembut adalah paling berhimah.
Cara lembut, baik itu tak semestinya berhikmah, cara kasar itu juga tak semestinya tak berhikmah. In fact, boleh jadi tak buat apa-apa pun adalah satu tindakan berhikmah.

Berhikmah itu bila mendatangkan kesan pada hati.
Dan harus juga faham, kita berusaha, tapi hasilnya, Allah yang tentukan. Yang penting, kita usaha carikan, apa tindakan yang terbaik. Hikmah itu boleh datang kemudian, boleh datang serta merta. Kita usahakan saja.

Membuatkan aku teringat kata-kata seorang brother Arab masa menuntut di UK dulu.
Dia komen tentang nama aku, dan antara yang disebut adalah, sebelum seseorang tu mencapai tahap Hikmah/Hakeem, dia perlu dulu ada Haleem.
Haleem itu sabar, Haleem itu lembut, Haleem itu sopan. Haleem itu menyalurkan emosi at the right place and at the right time, for the right situation. 

Hilm is an intelligence that, in our terms, allows someone to control their anger, even if their anger is justified. It allows you to, when you are justifiably angry, control it and not manifest it.
-wiki-
(okay wiki isn't really a reliable source to quote but yeah, I believe this is correct) 
Hakeem/Hikmah padaku perlu ada trial and error. Cuba buat, tengok betul ke salah, bersabar, dan betulkan dan betulkan dan betulkan, dan sabar dan sabar dan sabar. Maka di sini perlunya hadir Haleem. Boleh jadi terus betul dalam cubaan pertama, tapi tidak mungkin akan terus betul pada setiap percubaan. Dan mungkin, lagi banyak kita silap, lebih berhikmah kita, sebab kita dah cuba banyak possible wrong ways, maka mengecilkan ruang untuk berjumpa solusi yang lebih tepat, mungkin dalam situasi yang berbeza tapi similar.

Kerana Hakeem itu bijaksana. Hakeem itu bukan accidental. Hakeem itu perlukan pemikiran dan pertimbangan. Hakeem itu bukan ikut nasib. Hakeem itu bila well-informed, bila berpengalaman.

Aku masih banyak berbuat silap, masih terlalu jauh dari berhikmah, tapi nonetheless, alhamdulillah thummal hamdulillah, dikurniakan isteri yang cukup penyabar dengan silapku.

Risau bila kerap kali nampak dalam berita, kes-kes dera anak, pukul isteri teruk-teruk. Kalau tak ada Haleem, apakah akan ada Hakeem? Kalau tak ada Hakeem, ke mana hala tuju rumahtangga dan anak-anak?

No comments:

Post a Comment