Wednesday 1 February 2012

pull up


Bismillah ar Rahman ar Rahim

The other day, kami dibawa untuk attach dengan Occupational Therapy dept dekat Hospital Permai. Somewhat excited nak pergi, nak tengok apa yang dorang buat, dan indeed, sangat kagum dan terasa terharu dengan apa yang dorang buat.

Orang-orang yang so-called gila dan tak waras oleh masyarakat for sure akan sangat susah nak lawan stigma dengan macam-macam label dan tanggapan orang pada dorang, let alone to gain their trust, tapi alhamdulillah, dengan ada manusia-manusia dekat OT tu, slowly masyarakat boleh menerima orang-orang ni. Tak boleh bayang betapa susahnya kerja orang-orang dekat OT tu, carikan majikan dan syarikat-syarikat yang willing untuk terima pesakit-pesakit ni. Kerja dorang ni lebih kurang buat business lah, so that guy often equate pesakit-pesakit ni as barang, which I find quite disturbing, but understandable la. Cuba bayangkan kita dengan tebal mukanya nak offer "barang" kita yang orang dah perceive as defects dan cuba nak yakinkan dorang yang "barang2" ni masih boleh berfungsi. "Barang2" ni dapat dijual dengan murah sikit banding "barang2 normal" tapi nonetheless, dorang masih boleh "berfungsi" biarpun at a lower level. End up akhirnya banyak majikan yang siap demand lagi "barang2" ni sampaikan demand lebih daripada supply. Just imagine berapa ramai lagi insan-insan yang memerlukan sokongan untuk kembali ke masyarakat akan dapat kerja dan dapat buktikan dorang ni boleh balik jadi orang-orang normal.

Carikan kerja itu satu, untuk pujuk dan bagi motivasi dekat pesakit-pesakit ni, is another story. All their life, semua orang look down dekat dorang sampai dorang rasa worthless dan tak boleh nak buat apa-apa. In a way, we have to admit, memang dorang punya ability tu limited, tapi somehow, dorang masih dapat berbakti pada masyarakat. Terharu baca patient record yang ada report dari OT dept untuk sorang pesakit ni. Dalam tu dorang tulis, pesakit ni hari ni participate activity memasak. Dorang ajar goreng ikan. Pesakit ni sangat menunjukkan minat, tapi sangat tak confident. Masa tengah jaga ikan, dia tak confident bila boleh balik ikan tu, and kept on asking "cikgu2" tu bila boleh balikkan ikan tu. Dalam notes tu, tulis, kena bagi encouragement lagi dan follow up tengok dia boleh ke tak.

Imagine kita layan orang umur 40 tahun asyik tanya dah boleh balik ke belum every few seconds. Ingat iklan burung murai? Itu kanak-kanak tanya, boleh lah sabar jawab banyak kali soalan yang sama. Betapa sabarnya dorang. Dan kalau kat tempat kerja dorang ni relapse, kena serangan balik penyakit tu, orang-orang ni la jugak yang kena pergi dan tenangkan dia, make sure dia boleh kerja balik tak kira pukul berapa kena attack tu.

Dan that day, kitorang dibawak melawat bakery which is part of their project. Bayangkan dorang ni sampai boleh operate satu kilang kecik untuk buat kuih-kuih dan roti. In fact, dorang ni lah yang supply kuih-kuih untuk minum pagi dan petang pesakit-pesakit lain dekat ward yang tak berapa stabil lagi.

Dekat situ, kami diintroduce dengan pekerja-pekerja kat situ. Seorang slow-learner, yang somewhat antisocial. Sangat susah nak cakap dengan orang. Dan dorang berjaya encourage dia untuk bercakap. Kata mereka, kalau dulu setakat dua patah perkataan je boleh dengar, sekarang dah 20 patah perkataan. Sikit? That's a lot of improvement, seriously. Dorang bagi dia kerja packing dan jual kuih-kuih tu. Imagine orang yang tak biasa bercakap dengan orang kena berniaga, which obviously kena interact dengan pelanggan. Ada this one guy with mental retardation. He looks like he's in his 30s, tapi mentally he's 8 years old lebih kurang. Pesakit-pesakit lain macam gurau-gurau sakat dia, dia segan-segan menyorok tak tentu arah. Sangat suka dan terharu tengok environment kerja situ. They don't yell at each other, sebab masing-masing faham condition masing-masing. Ada sorang akak ni, kept on asking us about our degree, nak berborak-borak. Sambil-sambil buat karipap, dia senyum sorang-sorang, then tetiba serious balik. Easily labeled as "tak betul" dengan orang lain tapi dengan kerja itulah, they can find satisfaction and motivation to go on.

Masa tengah lepak-lepak kejap dekat kafeteria sementara tunggu kawan-kawan sudah dorang punya kerja, ada sorang pakcik yang pekerja kat situ jugak datang approach kami. Tengah borak-borak, dia tiba-tiba cakap, "pakcik dulu kes bunuh". I don't know how to react, but alhamdulillah, dah 3 minggu kat situ, tak dalah pulak nak gelabah-gelabah dan terus ada bad impression kat dia. It's not his fault pun bunuh orang tu. Most of the workers kat kafeteria and kedai runcit dalam tu adalah pesakit juga, and most of them adalah forensic cases i.e. kes jenayah. Rotation tu, teaches me to not straight away make a judgement about somebody, sebab each and every one of them ada story di sebaliknya dan kalau kita dengar, kita akan faham dan nak tolong dorang. The problem is, orang takut sejak dari awal dan tak nak dengar apatah lagi nak faham dorang.

Bottom line is, these people yang tolong pesakit-pesakit ni, may Allah bless them and what they do.
A simple way of describing them, they are pulling these patients up when they are at their lowest, and that is what I'm looking for dalam kerjaya. I want to make a change in people's life, tak kisah lah dengan apa cara sekalipun. Biarpun somehow I end up dropped out of medical school (naudzubillah), I'd look for some other jobs yang saya tahu boleh make a change in any way to somebody's life. So far, psychiatrist captured my heart. Am considering it for my future.
But then, yeah, masa 2nd year masa mula-mula dapat lecture pasal mental health ni, that lecturer that I admired said, by the end of MBBS, around 90% of medical student akan consider psychiatry as their future profession, but only around 5% akan truly take that. I don't know if I'll change my mind, but truly, psychiatry captured my heart.

p/s: teringat masa first few days orientation dekat KMB, Ms Loh suruh tulis impian atas kertas. Masa tu terasa sangat embarrassed untuk tulis, tapi terus jugak tulis, "I want to touch as many hearts as possible".. And now, I won't feel embarrassed anymore, cuz there's nothing to embarrassed about it, really. I want to do it, in whatever way possible. Allah, tetapkan hati hamba-Mu ini Ya Allah.

With love,