Saturday 7 January 2012

keterlaluan



This was written posted years ago, and I can't remember when was it,
but it was something from my heart. Just thought I'd repost it here.
A reminder to myself... From the old me to the me now..

***
Sesetengah orang terlalu ghairah menyuruh itu ini hingga lupa perasaan orang di bawah.
Sesetengah orang terlalu suka mengata yang di atas hingga lupa tanggungjawab sendiri.

Sesetengah orang terlalu rajin berkata-kata hingga terlupa untuk berbuat sesuai dengan katanya.
Sesetengah orang terlalu rajin bertindak hingga sukar untuk berkata-kata, menyampaikan rasa yang terbuku.

Kadang kala kita terlalu marah untuk bertenang dan berfikir,
dan kadang kala kita terlalu bertenang untuk bersegera berfikir.

Kadang kala kita terlalu melihat matlamat hingga tak nampak cara ke matlamat, kerana makin lama melihat, matlamat kelihatan terlalu hebat tanpa mampu dicapai.
Kadang kala kita terlalu melihat cara hingga seronok dengan cara itu dan melupai untuk mencapai matlamat.

Kadang kala kita terlalu melihat ke depan sampai lupa toleh ke belakang, tanpa sedari kita mengikut yang di belakang.
Kadang kala kita terlalu lama melihat ke belakang hingga tak berani melangkah ke depan, sebab tak tahu apa yang di depan, kerana sedang menoleh ke belakang.

Kadang kala kita terlalu mudah menerima lalu payah untuk memberi.
Kadang kala kita terlalu biasa memberi lalu sombong untuk menerima.

Kadang kala kita terlalu risaukan apa pandangan orang dan lupakan pandangan sendiri.
Kadang kala kita terlalu yakin dengan pendapat sendiri dan abaikan pandangan orang lain.

Kadang kala kita terlalu menjaga fizikal, maka terbiarlah "mereput" dalaman,
sedang yang akan dinilai adalah dalaman, sementara fizikal yang akan mereput.

Kadang kala kita terlalu meragui kebolehan orang lain lalu membebani diri sendiri.
Kadang kala kita terlalu percaya pada kebolehan orang hingga tak nampak kebolehan diri dan bergantung kepadanya.

Kebanyakan masa kita terlalu persoal mengapa Allah tak perkenan doa, tak sayang hamba,
sedang Allah terlalu mahu melihat hambanya berusaha merebut cinta-Nya.

Sering kali kita terlalu mengejar dunia hingga lupakan akhirat,
dan terlalu jarang sekali kita masteri dunia demi mencapai akhirat.

dan selalunya kita terlalu banyak mengingkari arahanNya,
dan terlalu sedikit mengejar untuk mengikuti suruhanNya.
sedang Dia terlalu banyak memberi nikmat demi kesenangan kita,
dan terlalu berat untuk menghukum kita,
dan terlalu kasihkan kita hingga dosa sedia diampun,
jika kita sedia mengharap, sedia memohon, sedia kembali.

namun kita terlalu sibuk dengan nikmat hingga lupa kepada pencipta nikmat,
terlalu lupa kepada pencipta diri.

Betul...
Kita memang keterlaluan..

***

No comments:

Post a Comment