Thursday 1 September 2011

merdeka raya

Bismillah

Raya tahun ni, nampaknya tersekali dengan sambutan kemerdekaan malaysia.
dan saya personally merasakan sambutan merdeka tenggelam dengan sambutan hari raya.

masa kecik-kecik dulu,
sambutan merdeka antara benda yang dinantikan juga la.
zaman-zaman sekolah dulu, banyak benda sekolah buat untuk pupuk patriotisme.
pertandingan mewarna la, sajak, kawad kaki etc etc.
dan malam merdeka, akan tunggu ramai-ramai nak countdown macam nak new year.
tunggu bunga api.
pagi esoknya tengok perarakan dan sambutan merdeka yang extravaganza la rasa masa tu.
and that's it.

generasi muda saya rasa generally akan rasa macam tu.
(correct me if I'm wrong ya! just a hunch)
possible reason, keperitan perjuangan yang lepas tu kita tak rasa,
maka kurang dapat dihargai.
another reason adalah, jiwa-jiwa muda ramai yang dah sedar betapa kita ni belum sebenar-benar merdeka, dan tahu sebenarnya inilah perjuangan generasi muda sekarang.
they've done their part, merdekakan Malaysia dalam context yang berbeza,
dan kita syukur dan hargai perjuangan mereka,
dan kini sampai giliran jiwa-jiwa muda untuk perjuangkan to the next level.
memerdekakan negara dari sudut lahiriah, ditambah lagi dari sudut rohani dan budaya, spiritual dan akhlaq.
perit mereka dah mereka rasa, sekarang masa jiwa-jiwa muda untuk mengambil alih dan merasa those bittersweet moments towards a better future, a better Malaysia.

saya sangat sukakan novel Manikam Kalbu.
temanya tentang mengembalikan busana Melayu kembali ke akarnya.
fundamentalnya, biarlah menutup aurat secara sempurna.
kenapa baju kurung dinamakan sebegitu, adalah untuk "mengurung" dan menutup kehormatan diri.
jaga elok-elok. itu kata Faisal Tehrani lah. teringat quote dia masa jumpa dalam satu seminar,
kemahiran menulis ni banyak bergantung pada kemahiran menipu juga. sebab bila kita buat cerita (fiksyen lah), itu bukan cerita betul dan we want to make people to believe it as a truth, walaupun an imaginary truth. so kadang-kadang takut nak quote apa-apa dari novel dia. huhuh.

kes Mat Sabu, macam tak tahu apa nak cakap.
Ayah saya sendiri berperang dengan komunis dulu.
Missed bullets merely inches from his head, maka saya syukur hamdanlillah saya masih ada ayah sekarang.
Tak tahu propaganda politik ke apa, saya tak nak ambil pusing sangat, tapi saya rasa macam sangat obvious mainstream media digunakan dengan "sebaik mungkin" untuk diulang-ulang apa kata pembangkang tu.
Saya bukan backup dia ke apa, tapi media dieksploitasi dan bias macam agak jelas kat situ.

Saya respek media UK. Well, banyak la pros and cons. contents dia banyak juga yang tak sesuai untuk kanak-kanak even cartoon pun, tapi kalau game show dia pun banyak yang bagus dan bukan setakat kosong. ada gameshow yang soalan-soalan dia macam unbelievable gak aa soalan, tapi somehow contestants boleh jawab membuatkan lagi kagum.
grab the good, and shun away the bad stuffs.

dan ada satu show, Question Time, yang saya rasa sangat kagum aa kalau ada kat Malaysia.

Politicians and orang-orang kerajaan, menteri-menteri, akan dijemput dan the public can take that chance to ask questions directly terus pada dorang and it's live. dalam keadaan media Malaysia sekarang, I doubted that sort of show is possible. Kalau ada, they'll be in this gigantic bowl of hot soup!
a fair share for both pembangkang mahupun kerajaan. 
and again, media shape the masses vs the masses shape the media.
selalu zaman sekolah kena tulis karangan yang akan dimulakan dengan "di zaman siber dan teknologi ini...",
and here we are, di zaman siber dan teknologi, dan the masses are shaped like how?
quoting matlutfhi, "plastik adalah sampah sarap paling banyak di dunia".
K-pop? Cerita-cerita hantu makin banyak. yang lawak yang horror. lawak kosong.
Merdekakan media, merdekakan cara fikir dan worldview rakyat.

Hamdanlillah, sekarang banyak channel dan rancangan Islami.
TV AlHijrah, TV9 etc etc.
(Suka tengok Imam Suhaib Webb!)
dan setuju dengan quote yang pernah share dalam post sebelum ni,
kalau nak kenal satu-satu masyarakat tu, tengok la rancangan TV dorang.
makin banyak kesedaran, insyaAllah.

macam mana pun, these are all talks.
walking that talk is a different thing.
sekarang masa kita untuk berjuang pula.
taste the bittersweet efforts walau bukan dengan senjata,
walau hanya dengan pena sebatang mahupun ketak ketuk papan kekunci,
terbitkan aksara-aksara menghunjam jiwa-jiwa syabab,
tujukan pada karat-karat di hati kasi bersih semua,
tapi pertama-tama adalah menyental hati pelorek tinta pelirik bahasa.

kerja bukan sikit, tapi pekerja pun bukan sikit insyaAllah.
media. politik. ekonomi. undang-undang. integrasi rakyat.
penguatkuasaan dan perlaksaan.
jangan lari, terus ke depan.


ps: oh oh saya sangat suka movie Alangkah Lucunya Negeriku Ini. sangat menyentuh dan mengkritik tahap tak hengat. especially the part yang dorang nyanyi lagu kebangsaan Indonesia then this one kid datang dan bila dah habis nyanyi, he said Ameen. and that says a lot! do have a watch!

pps: a video by matlutfhi. was thinking about posting a response myself tapi segan la pula. hehe. how my video would have been, no sound. just cardboard messages. 1st cardboad: I'm Malay. 2nd: I'm Chinese. 3rd: I'm Indian. 4th: I'm 1Malaysia!
oh and my friend was in there, in that video! heh

with love,
~hS

No comments:

Post a Comment