Wednesday, 10 August 2011

sejid wal tibi

Bismillah

meninjau twitter DrMAZA.com, ada satu post yang membawa saya ke laman FB beliau,
pada satu gambar dengan caption yang menarik yang pada saya sangat dekat dengan situasi saya sekarang.
Let me just salin tampal here.

MASJID DAN GEREJA: MANA LEBIH MESRA KANAK-KANAK?

Lucu bila ada yang berkeras pendapat yang menyatakan kewujudan kanak-kanak boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan saf. Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan.
Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah s.a.w. bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi baginda. Kata Ibn ‘Abbas:
فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَ بِرَأْسِي فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ
"..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari). Dalam hadis Anas:
فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصَفَفْتُ وَالْيَتِيمَ وَرَاءَهُ وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا
“…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari).
Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya. Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani: “Adapun menjadikan saf kanak-kanak di belakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis yang daif ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas. Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah s.a.w. menjadi hujah dalam masalah ini. (Al-Albani, Tamam al-Minah, 284, Riyadh: Dar al-Rayah).

Hasil lain dari kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang bersolat keluar dari saf kerana dia nak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di masjid. Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.
Maka jangan hairan jika ada yang menyatakan bahawa agama lain lebih mesra kepada generasi muda daripada Islam. Padahal bukan salah Islam, salah mereka yang sempit fikiran.
Jika ada yang kata, kanak-kanak tidak berkhatan ada najis bawah kulitnya. Kalau najis bawah kulit hendak dikira, kiralah sekali najis bawah kulit kita sendiri dan juga yang dalam perut kita!!


maaf sedikit panjang tapi macam sangat benar.
keadaan masjid-masjid di Malaysia, juga para pengunjung seolah-olah sangat tak welcoming untuk kanak-kanak. Macam ada satu mentaliti bahawa masjid-masjid adalah tempat orang-orang tua menghabis usia yang berbaki dengan amal-amal mana yang sempat.
Alhamdulillah, saya nampak macam orang-orang muda makin ramai yang makin lekat ke masjid.
Tapi, kanak-kanak yang ada seolah-olah jadi pengacau kepada konsentrasi untuk beribadah bagi mereka yang dah berumur. Isu macam yang dihighlight dalam post di atas, budak-budak diletakkan di belakang, perlu diasingkan, tak boleh sekali.
Pernah juga nampak, bila ada budak dalam satu saf yang di tengah, saf tu "disambung" dari tepi, instead of dari tengah, dek kerana tak nak solat di sebelah budak tu tadi. Keadaan yang sangat tak welcoming, sangat tak mesra kanak-kanak. Pernah juga offer untuk bawa sorang anak saudara ke masjid, tapi nampaknya respond tak bagus, katanya nanti ganggu jemaah nak solat. Mungkin ada benarnya juga.


Tapi I just can't help but to compare.
When I was abroad, saya rasa sangat seronok dengan keadaan masjid kat sana.
Dan untuk kanak-kanak, keadaan tadi macam tak ada. Semua menerima dengan OK.
Kadang-kadang ada la juga rasa annoyed (sikit je) bila ada bayi yang meraung, tapi hamdanlillah berjaya dikawal si ayah. Lepas solat, tak ada pula jemaah-jemaah yang datang tu pergi sound si ayah, kenapa bawak budak ni datang masjid? Buat kacau je. In fact, it was the opposite.
Dorang siap main-main dengan budak-budak tu. Seolah-olah meraikan kehadiran dorang.
And the twins (daughters of Bro Ibrahim) sangat comel! Bro Ibrahim ni selalu datang, dan biasa bawak his two twins tu. A few times juga dorang asyik nangis, kadang-kadang berjalan depan orang tengah solat, but orang-orangnya tak pernah nak marah. Dan sekali masa sudah solat, saya turun ke bawah, (masjid dua tingkat. Tingkat bawah tak guna sebab sejuk dan bakal diubah suai), saya nampak dua orang twins tu tengah main lumba-lumba basikal budak yang tolak-tolak tu, dengan Bro Ibrahim bersama, and a few frequent comers of the masjid. Teringatkan this bro (I think he's Turkish) and his blonde son. Dia selalu bawak anak dia sekali, the little kid (I think he should be 2 or 3 years old) yang sangat cute and tak bising sangat. Him and his ball. Bila ayah dia dah sudah solat, dia akan play around with the ball, dalam masjid tu, dan orang-orang kat situ akan tersenyum and layan dia. Ada sekali tak ramai sangat orang dah kat masjid, and he was looking around, and I smiled, and dengan excited nye dia baling bola kat ku. Bermain-mainlah kami dengan gembira.

Dekat masjid di University pula, lebih kurang je. Cuma ada lah sekali dua budak-budak kena sound, sebab dorang main masa dan lepas solat, so sedikit mengganggu, tapi tidaklah dihalau, dan semua orang seolah-olah melayan dorang dengan baik kat masjid. Masa solat, layaklah ditegur, tapi untuk dorang bermain-main (secara terkawal lah) di masjid, pada saya tak ada masalah. Teringatkan Khadeejah dan Ilyas (anak Bro 'Ali yang biasa jadi Imam di situ) yang kadang-kadang datang mengusik ku masa tengah berehat-rehat.  

Pokoknya, saya rasa sangat penting untuk mendidik anak-anak membiasakan diri dengan masjid, dan mengubah mentaliti masyarakat supaya lebih menerima kanak-kanak di masjid. Seronok bila tadi saya nampak satu famili, si ayah berjalan dengan anak lelakinya, si ibu dengan anak perempuannya menuju masjid berempat. Keadaan yang saya rasa saya nampak bila Ramadhan. Agak susah untuk nampak di lain masa kecuali ada kelas agama di masjid taman saya masa tu. Harus diwujudkan satu environment, satu bi'ah yang membuatkan kanak-kanak rasa selesa di masjid, dan tak merasa diri tak dikehendaki kat masjid. Tak adalah nanti dah besar perasaan tu terbuku di hati dan menjauhi masjid. Mungkin kadang-kadang annoying, lalu tegurlah seadanya, selayaknya. Tak perlu seolah-olah menghalau.

Tarbiyah TV

Menyentuh soal mendidik anak ni, macam terpanggil untuk komen isu ni juga.
Alhamdulillah, saya rasa ada banyak improvement dalam media kita dalam channel dan rancangan yang lebih islamik dan bermanfaat. (sangat suka TV AlHijrah!).
Kartun-kartun yang lebih bagus untuk development budak-budak kecik pun ada yang bagus-bagus.
Cuma apa yang saya nampak, TV sekarang menjadi satu medium mendidik utama untuk anak-anak.
Dibandingkan dengan zaman saya kanak-kanak, kartun tu ikut time. Ada masa ada rancangan lain pulak.
Sekarang dengan Astro, we have channels dedicated khas untuk kartun semuanya.
Sampai endless of "fun" untuk budak-budak ni, sampai kadang-kadang tertidur depan TV tengok tak berhenti. Kadang-kadang TV jadi lullaby untuk dorang tidur. Tak boleh tak tengok TV.
Dan masa dihabis dengan TV sangat banyak bila dibandingkan dengan masa yang diluangkan bersama ibu ayah sendiri. Tak dinafikan banyak juga rancangan kartun yang berbentuk mendidik, tapi sekarang seolah-olah pendidikan utama diambil alih oleh TV, dengan penglibatan ibu ayah yang sangat minimal.


Harusnya, rancangan TV itu menjadi satu medium malah satu catalyst untuk ibu ayah connect dengan anak-anak. Respond and reflect bersama anak-anak dengan rancangan tu. Masa diluang dengan anak-anak harusnya lebih banyak dari masa anak-anak bersama TV. Tapi ramai ibu ayah sekarang yang bekerja, so quality times itu lebih penting, instead of quantity. Yang penting, harus dipantau aktiviti TV anak-anak. Tambah lagi terbukti juga banyak rancangan kanak-kanak terutama from the oh-so-great West yang menjurus kepada pornographic content, no matter how mild it was. Kadang-kadang tak perasan pun, benda tu slowly creep into the minds of our next generation. Sampai masanya, kita pun pelik macam mana dorang boleh terdedah dengan benda-benda macam tu, sedangkan secara halus dan perlahan diterapkan dan dibiasakan dari kecil. Yang penting, jangan lepas tangan lepas tanggungjawab pada TV, dan tugas ibu ayah jangan terlalu menyekat, but instead, guide. Kalau disekat, kadang-kadang membuatkan kurang pendedahan dan pemahaman dia dengan realiti, maka kalau sampai masa bertemu realiti, dia kaget dan mula bercelaru tak tahu apa nak buat. Maka, didik dan bimbing, tunjuk jalan betul bila bertemu dengan macam-macam keadaan yang seluruh dunia tengah hadapi sekarang ni.

Saya rasa saya tak layak pun nak komen banyak-banyak.
Kahwin pun jauh lagi, apatah lagi nak ada anak sendiri.
Tapi apa yang saya tulis ni, berdasarkan pemerhatian sendiri pada masyarakat keliling dan mana-mana yang dekat untuk diperhatikan, dan pada apa yang saya tak nak berlaku pada famili sendiri nanti insyaAllah. May I live up to my words now, when I start my own family nanti. Ameen.


with love,
~hS

No comments:

Post a Comment