Bismillah
1st of all, ingin sekali nak mengucapkan Eid Mubarak pada semua (entah siapa la yang menjenguk blog ni.)
Saya tak ada buat kad raya zaman moden tahun ni macam tahun lepas XD.
Maybe nanti buat la kot.
kalau rajin.
Raya kali ni, pretty much like tahun lepas. Cuma ada sikit kelainan.
Tahun ni pertama kali saya ikut bertakbir rumah ke rumah dari awal sampai akhir.
Well, rumah saya rumah pertama pun. Rumah betul-betul yang pertama, maka memang selalu jadi yang pertamalah. Dan ayah saya lead takbir di kawasan rumah saya ni.
Semua orang tahu ada anak ayah saya yang akan bertunang,
tapi kenapa asyik saya kena attack? Masa orang mula sampai untuk takbir,
pakcik ni salam dan tanya, dengar cerita dah nak kawin?
Saya nampak tua sangat ke sampai tahap gaya nak kawin dah? heh.
Guess it's from my new spectacles. Nampak old school sket kot. Saya masih muda.
Pakcik tu siap main janggut =___=".
Anyways, lain-lain sama.
Tapi macam kelakar, Eidul Fitri yang sepatutnya simbolik manusia kembali kepada fitrah setelah Ramadhan,
tak tahu apa jadi dah.
Hari pertama, semua orang macam layu dah.
Letih prepare untuk raya? Letih lepas "balas dendam" makan sarapan dengan lunch yang sebelum ni tak boleh sebab puasa? Pergi solat zuhur kat masjid, tengok kat luar motor-motor yang biasanya banyak la juga, macam tak ada. Tengok dalam, satu saf jangan harap. Berapa kerat je yang ada. Seronok beraya, or kepancitan tertidur juga? Sungguh pelik wal ajaib. Kembali ke asal sebelum Ramadhan.
Dan macam kelakar,
cerita-cerita hantu baik komedi mahupun horror makin banyak.
orang kata, nak tengok macam mana masyarakat satu negara tu,
tengok lah TV dorang rancangan apa, sebab media akan tayang apa demand masyarakat.
masyarakat sukakan tahyul dan mistik? uhu.
mungkin, patut ada dua hala. media boleh juga ikut demand masyarakat,
tapi juga cuba untuk mentarbiyah masyarakat, membentuk mentaliti yang lebih sejahtera.
masyarakat shape media vs media shape masyarakat.
mana satu yang lebih patut?
macam mana pun,
raya tetap raya,
Quran yang duk tatap sehari-hari masa Ramadhan jangan tiba-tiba "terlupa" letak kat mana pulak.
kalau dah biasa bangun sahur atau lebih awal lagi untuk masak sahur,
lepas ni harapnya boleh terus bangun awal sikit at least ke untuk qiam.
dah ditarbiyah oleh Ramadhan pun kan.
tuding jari kat diri sendiri ni. hari ni pun dah rasa sangat tak produktif.
Anyhow, syukur dapat beraya dengan famili.
Kali ni dengan seorang ahli baru famili, si budak kecik tak cukup bulan.
Hamdanlillah, he seemed OK. lagi dua orang masing-masing ada perangai nya,
which adds more colour to my Eid.
Hamdanlillah, thummal hamdanlillah.
Been thinking, may a new better guy emerge from within selepas Ramadhan yang dah berlalu.
Moga amalan kita sama-sama diterima masa Ramadhan yang dah berlalu ni, dan juga moga kan ketemu kembali Ramadhan tahun depan.
a thing to ponder,
saya terfikir satu perkataan yang saya rasa dah laamaaaaa sangat tak dengar.
Mardhatillah. Redha Allah.
mungkin, kita terlalu mencari manusia, mengharapkan dia "lekat", buat macam-macam untuk dia,
sampai terkadang terlupa niat asal, atau niat mana yang lebih primary.
kembali reflect,
Allah redha tak dengan solat kita, dengan puasa kita, dengan percakapan kita,
dengan sahur yang kita masak, dengan zikir yang kita lafazkan, dengan ilmu yang kita usaha sangat nak dapatkan, dengan helaian-helaian Quran yang kita selak, dengan akhlaq kita dengan keluarga kita, dengan ibu ayah kita, dengan orang sekeliling, dengan segala yang kita belanjakan, dengan apa yang kita tulis, apa yang kita post.
Sebenarnya Dia redha ke tak? Kita tak tahu sampai Hari Pembalasan tu,
tapi tepuk dada tanya iman, hati pasti terdetik, biar iman kita berfatwa,
Dia redha ke tak.
Fitrah saya fitrah sebagai hamba Allah.
Saya berusaha ke arah itu. Berusaha kembali kepada fitrah.
with love,
~hS
Ahem!(taps fingers on desk)
ReplyDeleteX pasal2. Haha. :)
You'll get your update. Writing it now. :)