Bismillah
sebelum ni sangat nak tengok show Laukana Bainana (If He is Among Us).
Satu show Arab yang sangat cool I think, yang ketengahkan satu mesej,
bagaimana kalau Rasulullah bersama kita sekarang?
they highlighted hadiths and sunnah Rasulullah yang sepatutnya kita buat,
putting hidden cams, set a scene and have a look if people would do it or not,
and then the host will ask that question,
"kalau Rasulullah dalam situasi tu, apa baginda akan buat?"
and those people will definitely know the answer.
dan alhamdulillah, hajat kesampaian bila balik ke tanah air,
bila ada channel TV AlHijrah yang sangat cool.
So far cuma tengok dua show je =__=", which is Suhaib Webb punya talk lepas tarawikh,
and now Laukana Bainana. cuma agak terkilan Laukana Bainana dipasang nak dekat subuh,
so tak dapat tengok full bila nak ke masjid.
anyhow, pagi ni punya topic is simple, yet people find it hard to do.
the scene:
dorang setup the scene dengan memasang hidden cams dalam lif,
and tampal peraturan baru, siapa nak naik lif, sila bagi salam,
dan kalau tak nak kena naik tangga. ada penjaga lif yang tak akan benarkan dorang proceed ke floor yang dorang nak kalau tak nak bagi salam.
Ada yang memang masuk je terus bagi salam, alhamdulillah.
dan ada yang kena remind, and bagi salam. the host will interview the guys dalam tu, dan kasi hadiah bagi yang kasi salam. I thought, senang je la kan, bagi salam je pun.
Then this guy came in, and tak bagi salam, so penjaga tu remind, kena bagi salam, kalau tak kena naik lif.
Dia tak nak juga, and marah-marah penjaga lif tu. So penjaga lif tu terus je, but hit the button for the floor yang host tu tengah tunggu. When asked, segan lak dia.
Such a simple act, just a few words, yet sometimes people refuse to utter.
reflecting on myself,
pernah satu ketika, back when I was there, abroad,
sedang menunggu di luar rumah seorang teman,
to fetch./give something, I can't really remember.
While waiting outside, lalu seorang mamat Arab ni,
and I simply bagi salam kat dia.
Dia jawab salam tapi muka terkejut, terkedu kejap, dan macam rasa bersalah,
dia minta maaf sebab tak tahu I'm a Muslim.
Well, at least now he knows.
Back there, I think budaya bagi salam tu is something I would really try to adhere to.
Now that I'm back, terfikir,
if I were at such a scene, i.e. nak masuk lif tu,
will I be giving salam to the people in it?
Personally, terasa segan pulak.
Then terfikir, kenapa segan?
Takut nampak macam alim sangat? Now, is that a bad thing?
Sedikit ironic di situ,
berada di negara yang Muslims are a minority, tak segan pun nak beramal.
nak baca Quran tengah public, selamba je.
Baca doa sebelum makan. Bagi salam bila jumpa fellow Muslims.
In fact terasa bangga je kadang-kadang, dapat tunjukkan,
"Hey! I'm a Muslim!"
tapi di negara sendiri yang mana keliling adalah orang Islam majoritinya,
segan nak beramal.
Dalam KTM, a few times juga, I would think it through,
patut tak baca Quran dalam tu? teragak-agak. Apa orang akan fikir?
Saja nak tunjuk baik? Riak? Sombong?
Segan dengan reason yang tak valid.
Dan bila cuba, it's nothing really. Baca je la. Niat, kalau terasa macam nak tunjuk riak,
sila betulkan dan baca je lah. Sebab amal itu pada Allah, niat itu pada Dia,
apa orang fikir, biarlah.
Easier said than done, yeah. But I've done it, moga dengan niat yang ikhlas.
Dan masih banyak harus diperbaiki pada diri, itu pasti.
Am thinking, macam kalau Malaysia buat juga show macam Laukana Bainana tu,
instead of show letak hidden cams untuk malukan orang, untuk buat lawak.
bagi pengajaran sikit.
Then terfikir, pemilihan host pun, surely satu hal.
Mesti akan fikir banyak kali, since you are conveying a message, and you need to act on it la kan?
Penonton pasti akan menilai, si host ni, dia cakap banyak dalam tu,
so adakah dia sendiri buat benda-benda tu off camera, in his daily life?
Unless si host itu sekadar mengacarai rancangan itu, sebagai profession sahaja.
Tapi, Allah pun akan menilai, dan anyhow, we still need to convey the message,
and of course, act on it. Tak perlu on camera. But would make a good show if Malaysia ada buat juga.
Terfikir, if I were to be offered to be the host, will I take it?
Will you?
yang tak tau show ni,
here's a clip with English subtitles. do watch it on TV Alhijrah.
terbaik sangat!
***updated***
episod hari ni sedikit sebanyak menyentuh tentang apa yang saya cakap kat atas.
berkisar soal pandangan manusia vs pandangan Tuhan.
mungkin orang akan takut (saya la tu) untuk jadi host, nanti apa orang kata kalau tak buat,
tapi kenapa dorang buat tu? of course manusia tak sempurna, selalu je buat silap, tak buat macam dia cakap,
tapi kenapa show tu dibuat adalah satu penghargaan dari seorang umat untuk Rasulullah SAW,
to let people live the way he lived. manusia boleh cakap macam-macam, tapi Allah lebih tahu struggle kita untuk buat apa yang kita cakap nak buat. Let Him be the judge, for He is the Best of Judges.
But still, haruslah ada mentaliti, kita cakap tu, kita berazam nak buat, dan bukan sekadar as a profession, sebagai meraih populariti and other worldly gains. kalau tak berjaya nak buat, istighfar pada Dia, for He knows your struggles. Our own faults tak seharusnya menghentikan kita dari menyampaikan, dan if we manage to twist it to a different point of view, ia patut jadi satu motivasi untuk diri untuk improve dan remind orang jangan buat kesilapan macam kita.
Wallahu'alam.
p/s: terkilan masih, kenapa dia tayang time nak pergi solat subuh?! *cries*
with love,
~hS
No comments:
Post a Comment