Monday, 30 April 2012

Bersih


I'm getting really tired reading stories about Bersih 3.0. Satu pihak claim macam ni, lagi satu claim the opposite pulak. Letih nak tahu mana yang betul.
Aku bukan pembangkang, dan juga aku tak setuju pun dengan banyak benda kerajaan buat. Yang aku tahu, aku nak Islam balik to govern us. Mana yang Islamic aku terima, mana yang hedonistic, materialistic, capitalism dan apa jua nama-nama selain Islam, aku tak nak. Aku tak cukup ilmu sangat nak berhujah especially kalau pasal ekonomi dan undang-undang, tapi slow-slow mencari mana yang termampu.


The caption: 
KITA BERADA DIZAMAN DARURAT KA !! TUNJUK KENYATAAN MANA YANG BOLEH KITA KAITKAN DENGAN ISU INI !!! BERSOLAT TANPA MENGAMBIL WUDHU , MEMAKAI TOPI , BERSEMBAHYANG DI DEPAN CINA TANPA ADA PENGHADANG, MEMAKAI KASUT..... ADAKAH INI AJARAN PAS !!!... PAAAAAAAAAASSSSSSSSSS SSSSSSSEEEEEEEEEESSSSSSSSSAAAAAAAAAAAAATTTTTTTTTTT !!!!!!

 
Yang agak latest keluar adalah gambar ni yang disertakan dengan caption yang teruk dan komen-komen seterusnya pun sangatlah tak matang.
Isunya:
  1. Solat pakai kasut.
  1. Solat tak wudhu'.
  2. Solat depan chinese sorang tu yang duk amik gambar.

Aku letih dengan yang satu kutuk yang lain. Dan apa yang aku nampak, sesetengah golongan tu nampak, kalau kuat agama maka itu pembangkang. In a way membuatkan orang menjauhi agama sebab macam kena associate dengan pembangkang, walaupun berjuang atas nama keadilan, atas nama Islam yang sebenar.
Pembangkang dah famous dengan guna hujah-hujah agama untuk backup claim dorang, soal kafir mengkafir la etc etc. Aku tak nak generalize sebab aku tahu tak semua macam tu, tapi pada pandangan masyarakat, itulah "hakikat". Dan bila keluar gambar-gambar macam ni, keadaan jadi lagi teruk kalau orang pro pembangkang back up balik dengan bahasa yang tak kurang biadapnya, biarpun dengan hujah yang sahih. Membuatkan orang jadi menilai penyampai dan bukan mesej yang cuba disampaikan.

Andai kiranya aku katakan solat pakai kasut itu boleh malah sunnah Rasulullah, agak-agak aku kena label as pembangkang tak? Agak-agak orang akan terima tak fakta ni walaupun sungguh "unorthodox" dalam "Islam Melayu" kat Malaysia? Soal wudhu', aku tak berada di tempat kejadian, so aku tak tahu, tapi boleh jadi dorang ambil wudhu' dengan air botol. Salah ke? Solat depan chinese tu.. Tak faham kenapa isu besar. Aku solat depan berpuluh mat salleh lalu lalang depan aku, so what?

Link: penjelasan tentang solat dengan berkasut.

Alhamdulillah, aku dapat belajar kat UK dua tahun. Cukup kiranya untuk aku kenal Islam yang sebenar, Islam yang syumul. Kenal dengan melihat sendiri pengamalannya dalam macam-macam jenis masyarakat Islam dan dari situ mencari dan menilai. Aku sendiri solat dengan berkasut, di tepi highway, di tepi pantai, atas rumput atas tanah dalam air. Alhamdulillah atas tarbiyyah dari Allah. Alhamdulillah aku tak hanya tersekat dalam dunia "Islam Melayu". Dan pada masa yang sama, sangat sedih dengan keadaan mentaliti masyarakat Islam Malaysia, melayu terutama.

Katakan apa saja, kalau orang dah mula label, susah nak convince orang. Tak kira la label as pro kerajaan ke, pro pembangkang ke, aktivist yada yada. Orang akan menilai kita pada label yang dorang lekat atas dahi kita.

So how? Terfikirkan satu ibrah dari sirah Rasulullah. Allah pelihara dan mantapkan akhlaq Rasulullah dari kecik, even before ada label as Rasul. Dari awal orang dah kenal sebagai Al Amin, seorang yang amanah. Akhlaq terpancar dari awal. Biar dah diangkat sebagai Rasul sekalipun, tak ada sapa dapat sangkal bahawa Rasulullah masih al Amin.

Kita, walau macam mana orang dah label sekalipun, kita buktikan, pada akhlaq dan perlakuan kita, kita bukan macam orang lain. Kita nak Islam, kita nak label Muslim sejati, then act as one. Bukan setakat pada ibadah khusus, tapi pada ibadah umum, hidup kita sendiri. Dengan berurusan dengan orang, dengan bahasa lembut untuk sampaikan apa-apa. Kalau dapat berita kita periksa, macam anjuran dalam surah Al Hujurat. Bukan straight on terus judge orang.

Aku belum perfect as Muslim, and will never be, sebab aku manusia. Tak lari dari buat dosa dan buat silap, pada diri dan orang lain. Tapi aku nak ajak semua orang berusaha untuk balik kepada akhlaq Islamiyyah. Rasulullah setelah dapat "jawatan" as Rasulullah, membuktikan itu label sepatutnya bagi baginda. Tak kira orang kata apa. Gila, penyihir etc etc. Sebab baginda tahu itu betul.
Anda pembangkang? Anda pro kerajaan? Itu tolak tepi dulu, sebab anda Muslim terlebih dulu (untuk Muslim lah kan). So prove you're a Muslim first.
Sebelum cakap orang lain kafir etc etc, cermin diri, how Islamic are you?  Tepuk dada tanya iman. Dan hasil tepukan aku, aku tahu iman aku tak kuat mana, tapi teruskanlah usaha, for yourself first before you label others.

p/s: Tak bermakna kena perfect diri sendiri baru boleh tegur orang, don't get me wrong. Cuma, pastikan berasaskan ilmu dan bukan emo dan ego. Kalau kita salah, terima kesalahan dan betulkan.

Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment