Bismillah
ar Rahman ar Rahim
The
other day, kami dibawa untuk attach dengan Occupational Therapy dept dekat
Hospital Permai. Somewhat excited nak pergi, nak tengok apa yang dorang buat,
dan indeed, sangat kagum dan terasa terharu dengan apa yang dorang buat.
Orang-orang
yang so-called gila dan tak waras oleh masyarakat for sure akan sangat susah
nak lawan stigma dengan macam-macam label dan tanggapan orang pada dorang, let
alone to gain their trust, tapi alhamdulillah, dengan ada manusia-manusia dekat
OT tu, slowly masyarakat boleh menerima orang-orang ni. Tak boleh bayang betapa
susahnya kerja orang-orang dekat OT tu, carikan majikan dan syarikat-syarikat
yang willing untuk terima pesakit-pesakit ni. Kerja dorang ni lebih kurang buat
business lah, so that guy often equate pesakit-pesakit ni as barang, which I
find quite disturbing, but understandable la. Cuba bayangkan kita dengan tebal
mukanya nak offer "barang" kita yang orang dah perceive as defects
dan cuba nak yakinkan dorang yang "barang2" ni masih boleh berfungsi.
"Barang2" ni dapat dijual dengan murah sikit banding "barang2
normal" tapi nonetheless, dorang masih boleh "berfungsi" biarpun
at a lower level. End up akhirnya banyak majikan yang siap demand lagi
"barang2" ni sampaikan demand lebih daripada supply. Just imagine
berapa ramai lagi insan-insan yang memerlukan sokongan untuk kembali ke
masyarakat akan dapat kerja dan dapat buktikan dorang ni boleh balik jadi
orang-orang normal.
Carikan
kerja itu satu, untuk pujuk dan bagi motivasi dekat pesakit-pesakit ni, is
another story. All their life, semua orang look down dekat dorang sampai dorang
rasa worthless dan tak boleh nak buat apa-apa. In a way, we have to admit,
memang dorang punya ability tu limited, tapi somehow, dorang masih dapat
berbakti pada masyarakat. Terharu baca patient record yang ada report dari OT
dept untuk sorang pesakit ni. Dalam tu dorang tulis, pesakit ni hari ni
participate activity memasak. Dorang ajar goreng ikan. Pesakit ni sangat
menunjukkan minat, tapi sangat tak confident. Masa tengah jaga ikan, dia tak
confident bila boleh balik ikan tu, and kept on asking "cikgu2" tu
bila boleh balikkan ikan tu. Dalam notes tu, tulis, kena bagi encouragement
lagi dan follow up tengok dia boleh ke tak.
Imagine
kita layan orang umur 40 tahun asyik tanya dah boleh balik ke belum every few
seconds. Ingat iklan burung murai? Itu kanak-kanak tanya, boleh lah sabar jawab
banyak kali soalan yang sama. Betapa sabarnya dorang. Dan kalau kat tempat kerja dorang ni relapse, kena serangan balik penyakit tu, orang-orang ni la jugak yang kena pergi dan tenangkan dia, make sure dia boleh kerja balik tak kira pukul berapa kena attack tu.
Dan
that day, kitorang dibawak melawat bakery which is part of their project.
Bayangkan dorang ni sampai boleh operate satu kilang kecik untuk buat kuih-kuih
dan roti. In fact, dorang ni lah yang supply kuih-kuih untuk minum pagi dan
petang pesakit-pesakit lain dekat ward yang tak berapa stabil lagi.
Dekat
situ, kami diintroduce dengan pekerja-pekerja kat situ. Seorang slow-learner,
yang somewhat antisocial. Sangat susah nak cakap dengan orang. Dan dorang
berjaya encourage dia untuk bercakap. Kata mereka, kalau dulu setakat dua patah
perkataan je boleh dengar, sekarang dah 20 patah perkataan. Sikit? That's a lot
of improvement, seriously. Dorang bagi dia kerja packing dan jual kuih-kuih tu.
Imagine orang yang tak biasa bercakap dengan orang kena berniaga, which
obviously kena interact dengan pelanggan. Ada this one guy with mental
retardation. He looks like he's in his 30s, tapi mentally he's 8 years old
lebih kurang. Pesakit-pesakit lain macam gurau-gurau sakat dia, dia segan-segan
menyorok tak tentu arah. Sangat suka dan terharu tengok environment kerja situ.
They don't yell at each other, sebab masing-masing faham condition
masing-masing. Ada sorang akak ni, kept on asking us about our degree, nak
berborak-borak. Sambil-sambil buat karipap, dia senyum sorang-sorang, then
tetiba serious balik. Easily labeled as "tak betul" dengan orang lain
tapi dengan kerja itulah, they can find satisfaction and motivation to go on.
Masa
tengah lepak-lepak kejap dekat kafeteria sementara tunggu kawan-kawan sudah
dorang punya kerja, ada sorang pakcik yang pekerja kat situ jugak datang
approach kami. Tengah borak-borak, dia tiba-tiba cakap, "pakcik dulu kes
bunuh". I don't know how to react, but alhamdulillah, dah 3 minggu kat
situ, tak dalah pulak nak gelabah-gelabah dan terus ada bad impression kat dia.
It's not his fault pun bunuh orang tu. Most of the workers kat kafeteria and
kedai runcit dalam tu adalah pesakit juga, and most of them adalah forensic
cases i.e. kes jenayah. Rotation tu, teaches me to not straight away make a
judgement about somebody, sebab each and every one of them ada story di
sebaliknya dan kalau kita dengar, kita akan faham dan nak tolong dorang. The
problem is, orang takut sejak dari awal dan tak nak dengar apatah lagi nak
faham dorang.
Bottom
line is, these people yang tolong pesakit-pesakit ni, may Allah bless them and
what they do.
A
simple way of describing them, they are pulling these patients up when they are
at their lowest, and that is what I'm looking for dalam kerjaya. I want to make
a change in people's life, tak kisah lah dengan apa cara sekalipun. Biarpun
somehow I end up dropped out of medical school (naudzubillah), I'd look for
some other jobs yang saya tahu boleh make a change in any way to somebody's
life. So far, psychiatrist captured my heart. Am considering it for my future.
But
then, yeah, masa 2nd year masa mula-mula dapat lecture pasal mental health ni,
that lecturer that I admired said, by the end of MBBS, around 90% of medical
student akan consider psychiatry as their future profession, but only around 5%
akan truly take that. I don't know if I'll change my mind, but truly,
psychiatry captured my heart.
p/s:
teringat masa first few days orientation dekat KMB, Ms Loh suruh tulis impian
atas kertas. Masa tu terasa sangat embarrassed untuk tulis, tapi terus jugak
tulis, "I want to touch as many hearts as possible".. And now, I
won't feel embarrassed anymore, cuz there's nothing to embarrassed about it,
really. I want to do it, in whatever way possible. Allah, tetapkan hati
hamba-Mu ini Ya Allah.
With
love,
No comments:
Post a Comment