This was written
posted years ago, and I can't remember when was it,
but it was
something from my heart. Just thought I'd repost it here.
A reminder to
myself... From the old me to the me now..
***
Sesetengah orang
terlalu ghairah menyuruh itu ini hingga lupa perasaan orang di bawah.
Sesetengah orang
terlalu suka mengata yang di atas hingga lupa tanggungjawab sendiri.
Sesetengah orang
terlalu rajin berkata-kata hingga terlupa untuk berbuat sesuai dengan katanya.
Sesetengah orang
terlalu rajin bertindak hingga sukar untuk berkata-kata, menyampaikan rasa yang
terbuku.
Kadang kala kita
terlalu marah untuk bertenang dan berfikir,
dan kadang kala
kita terlalu bertenang untuk bersegera berfikir.
Kadang kala kita
terlalu melihat matlamat hingga tak nampak cara ke matlamat, kerana makin lama
melihat, matlamat kelihatan terlalu hebat tanpa mampu dicapai.
Kadang kala kita
terlalu melihat cara hingga seronok dengan cara itu dan melupai untuk mencapai
matlamat.
Kadang kala kita
terlalu melihat ke depan sampai lupa toleh ke belakang, tanpa sedari kita
mengikut yang di belakang.
Kadang kala kita
terlalu lama melihat ke belakang hingga tak berani melangkah ke depan, sebab
tak tahu apa yang di depan, kerana sedang menoleh ke belakang.
Kadang kala kita
terlalu mudah menerima lalu payah untuk memberi.
Kadang kala kita
terlalu biasa memberi lalu sombong untuk menerima.
Kadang kala kita
terlalu risaukan apa pandangan orang dan lupakan pandangan sendiri.
Kadang kala kita
terlalu yakin dengan pendapat sendiri dan abaikan pandangan orang lain.
Kadang kala kita
terlalu menjaga fizikal, maka terbiarlah "mereput" dalaman,
sedang yang akan
dinilai adalah dalaman, sementara fizikal yang akan mereput.
Kadang kala kita
terlalu meragui kebolehan orang lain lalu membebani diri sendiri.
Kadang kala kita
terlalu percaya pada kebolehan orang hingga tak nampak kebolehan diri dan
bergantung kepadanya.
Kebanyakan masa
kita terlalu persoal mengapa Allah tak perkenan doa, tak sayang hamba,
sedang Allah
terlalu mahu melihat hambanya berusaha merebut cinta-Nya.
Sering kali kita
terlalu mengejar dunia hingga lupakan akhirat,
dan terlalu jarang
sekali kita masteri dunia demi mencapai akhirat.
dan selalunya kita
terlalu banyak mengingkari arahanNya,
dan terlalu
sedikit mengejar untuk mengikuti suruhanNya.
sedang Dia terlalu
banyak memberi nikmat demi kesenangan kita,
dan terlalu berat
untuk menghukum kita,
dan terlalu
kasihkan kita hingga dosa sedia diampun,
jika kita sedia
mengharap, sedia memohon, sedia kembali.
namun kita terlalu
sibuk dengan nikmat hingga lupa kepada pencipta nikmat,
terlalu lupa
kepada pencipta diri.
Betul...
Kita memang
keterlaluan..
***
No comments:
Post a Comment