Saturday, 14 January 2012

Gila!


Bismillah ar Rahman ar Rahim

Seminggu yang pertama aku dalam rotation Mental Health dah habis, and 3 more weeks to go.
Right from the start I was pretty excited untuk pergi situ, and indeed, I''m kinda enjoying my time kat situ. But all the same, terasa sangat sedih melihat mereka-mereka ni.

They were previously OK, but then something happened in their life, lalu membuatkan mereka jadi macam tu. Ada yang hisap ganja, ada yang putus tunang, ada yang tak jadi kahwin, dan end up with delusions and hallucinations yang biasalah orang akan label dorang ni as gila.

Dan dalam satu discussion dengan lecturer kami, he pointed out an issue of which he stated that, in a sense, people with religion are somewhat delusional, if we were to apply the definition. Macam mana pun, let's look at the definiition.

Delusion: An abnormal belief which is held with absolute subjective certainty, which requires no external proof, which may be held in the face of contradictory evidence, and which has personal significance and importance to the individual concerned.

When he said that, I was feeling really uncomfortable, sebab tak tahu sama ada statement tu hanya disebut or if he agrees with that statement. And I kind of don't like to argue dan berdebat, and eventually I think he can sense that I'm not comfortable with it, so dia tukar topik.

Anyhow, probably based on his general view, faith, regardless of what religion you believe in, are delusions, sebab when it's a faith, you believe in it with certainty yang kalaupun orang sangkal dengan macam-macam bukti dan hujah, kita tetap akan percaya. Tengok je lah debat-debat Ahmad Deedat dengan paderi-paderi Kristian. Hujah cukup power, tapi dorang still choose to believe. My lecturer said, you can't actually prove that God exists, you can't see him.

There's this one Indonesian guy yang saya jumpa, and he's obviously manic, with grandiose delusions, saying that he is in heaven (said that Malaysia ini sorga, Indonesia belum sorga lagi. Heh. ), and that he is God and also said he saw Muhammad S.A.W. and that the Prophet went into his body so he is Muhammad S.A.W. now.



Kind of made me wonder. Kita sekarang, berhadapan dengan this guy yang mengaku dia nabi. Sejauh mana kita nak percaya dia?

Terfikir, macam mana agaknya perasaan orang Quraisy masa Nabi Muhammad SAW mula-mula cakap dia seorang nabi? Apa yang dia fikir masa Nabi Muhammad SAW cakap dia boleh bergerak ke Baitul Maqdis dalam satu malam? "He must be delusional!" Gila! Mana boleh orang buat macam tu. Tak logik! Dan bila Rasulullah tunjuk "magik", bulan terbelah dua, dan macam-macam lagi mukjizat yang Allah kurniakan pada baginda, "Ishh, dia ni memang ahli sihir!"

Just imagine, Rasulullah di zaman kita, yang mana kita tak tahu pun sebenarnya dia tu Rasulullah, and he came claiming that he is a prophet, adakah kita tak terfikir benda sama?

It got me thinking, what makes those sahabah percaya pada Rasulullah. Abu Bakar, bergelar As Siddiq, kerana kepercayaan pada Rasulullah sampai segala apa pun Rasulullah kata, dia membenarkan without a doubt. How? Kenapa? Kenapa sahabat-sahabat lain pun percaya with this new idea yang sangat-sangat asing pada masa tu?

Perhaps, we should look at macam mana Rasulullah even before dia dapat wahyu pertama. I think akhlaq is the key. Satu syarat wajib seorang rasul is amanah, dan saya percaya, setiap kita tahu bahawa Rasulullah terkenal dengan gelaran al-Amin. Dalam sehari-hari, dalam perniagaan. ALL HIS LIFE! Macam kita, gurau-gurau dari kecik lagi mesti ada unsur acah mengacah. "Ada lipas kat bahu kau!!! Ohh aku acah je. Hahaha".. Rasulullah, dari kecil dah diasuh dalam perniagaan untuk jujur.

Saya cukup tersentuh dengan satu hadith yang saya dengar di IKIM.fm suatu masa dulu. Kisahnya seorang sahabat ni nak keluar berjalan dengan Rasulullah, tapi sebelum keluar tu, anaknya meragam maka dia cakap balik nanti dia akan bawakan coklat/manisan atau yang sama waktu dengannya. Maka si anak pun diam dan si ayah itu keluar bersama Rasulullah. Dalam perjalanan balik, Rasulullah tanya si sahabat tu, adakah benar kau akan belikan apa yang kau cakapkan tu? Si sahabat tu cakap, tidak, itu hanya untuk bagi dia senyap. Rasulullah membalas, katanya, lebih kurang begini: Tunaikan apa yang kau cakapkan, kerana kalau sekali kau menipu anak kau, maka kau akan menipu lagi dan lagi, dan si anak akan menipu anaknya seperti kamu dan seterusnya.

Common practice, bukan? Si ayah menipu si anak, cakap akan buat itu dan ini, hanya semata-mata untuk bagi anak senyap dan kononnya akan behave. Satu benda yang mungkin ramai melihat remeh, tapi jujur dan amanah goes a long way dalam mendidik seorang anak, dan juga as an individual terutamanya!

Benda pertama yang orang akan jatuh hati adalah perlakuan seseorang itu, dan bukan selalunya pada mesejnya. Buktinya zaman sekarang sangat jelas, orang Islam sendiri tak behave, gaya hidup yang membawa fitnah pada Islam, masakan orang tertarik pada Islam sedangkan ramai yang tahu Islam itu benar. In fact kalau dibawa benda salah sekalipun, tepi dengan akhlaq dan perlakuan yang menjinakkan hati, tak mengejutkan kalau ada yang tertarik.

Kenapa Quraisy tak nak terima walaupun mengakui akhlaq Rasulullah itu dah sangat mantap? Well, a whole lot of reasons, dari segi kepentingan sendiri, ego tak nak terima dan lepaskan title dan jawatan, juga betapa mereka memahami kalimah yang dibawa Rasulullah. Jadi, walaupun telah dikemukakan bukti-bukti yang nyata Allah itu wujud, tetapi mereka tetap mengingkari dan tetap percaya pada selain Allah, maka siapakah sebenarnya yang mengalami delusi? Who is it who is truly delusional? Dan apalah bezanya dengan orang-orang yang menolak Islam walaupun telah jelas pada mereka apa yang benar. Tidakkah mereka itu selayaknya dikatakan delusional? Siapakah yang gila?

OK. Kesimpulannya, walau apa pun mesejnya, mahu tak mahu, perkara pertama yang orang tengok adalah akhlaq dan perlakuan orang yang menyampaikan. Dan aspek utama yang sangat-sangat lacking zaman ini adalah kejujuran dan amanah. Tak kira dalam apa-apa aspek pun. Baik dalam mentarbiyah seorang individu kecil, sehingga mentadbir berjuta-juta individu dalam satu negara. Ramai yang nak "menjerat" pun dari awal menggunakan teknik menipu.. Katanya hendak ke situ dan sini, rupanya lain ceritanya. Lalu  bagaimana ya?

Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment