Saturday, 7 January 2012

kindness boomerang


Don't you just feel great when you know you've done something good for others? And believe you me, Allah will repay you in ways you never expect, and perhaps never even realize. So go on, give a penny or two, or three, or a dollar, or a helping hand, just anything simple, and say Alhamdulillah. Don't hesitate. You won't lose a thing. Cuz indeed, kindness keeps the world afloat. Never ever say you've got nothing to give, cuz you've got more than you deserve, and that's for you to share.

We live in the time when people are skeptical even to people who are trying to do good to us. Selalu takut kalau-kalau orang sebenarnya nak buat jahat kat kita di sebalik kebaikan tu. When trust disappears from our society, keep the world afloat with your kindness, no matter what people might think or say, or what people might do to us.

keterlaluan



This was written posted years ago, and I can't remember when was it,
but it was something from my heart. Just thought I'd repost it here.
A reminder to myself... From the old me to the me now..

***
Sesetengah orang terlalu ghairah menyuruh itu ini hingga lupa perasaan orang di bawah.
Sesetengah orang terlalu suka mengata yang di atas hingga lupa tanggungjawab sendiri.

Sesetengah orang terlalu rajin berkata-kata hingga terlupa untuk berbuat sesuai dengan katanya.
Sesetengah orang terlalu rajin bertindak hingga sukar untuk berkata-kata, menyampaikan rasa yang terbuku.

Kadang kala kita terlalu marah untuk bertenang dan berfikir,
dan kadang kala kita terlalu bertenang untuk bersegera berfikir.

Kadang kala kita terlalu melihat matlamat hingga tak nampak cara ke matlamat, kerana makin lama melihat, matlamat kelihatan terlalu hebat tanpa mampu dicapai.
Kadang kala kita terlalu melihat cara hingga seronok dengan cara itu dan melupai untuk mencapai matlamat.

Kadang kala kita terlalu melihat ke depan sampai lupa toleh ke belakang, tanpa sedari kita mengikut yang di belakang.
Kadang kala kita terlalu lama melihat ke belakang hingga tak berani melangkah ke depan, sebab tak tahu apa yang di depan, kerana sedang menoleh ke belakang.

Kadang kala kita terlalu mudah menerima lalu payah untuk memberi.
Kadang kala kita terlalu biasa memberi lalu sombong untuk menerima.

Kadang kala kita terlalu risaukan apa pandangan orang dan lupakan pandangan sendiri.
Kadang kala kita terlalu yakin dengan pendapat sendiri dan abaikan pandangan orang lain.

Kadang kala kita terlalu menjaga fizikal, maka terbiarlah "mereput" dalaman,
sedang yang akan dinilai adalah dalaman, sementara fizikal yang akan mereput.

Kadang kala kita terlalu meragui kebolehan orang lain lalu membebani diri sendiri.
Kadang kala kita terlalu percaya pada kebolehan orang hingga tak nampak kebolehan diri dan bergantung kepadanya.

Kebanyakan masa kita terlalu persoal mengapa Allah tak perkenan doa, tak sayang hamba,
sedang Allah terlalu mahu melihat hambanya berusaha merebut cinta-Nya.

Sering kali kita terlalu mengejar dunia hingga lupakan akhirat,
dan terlalu jarang sekali kita masteri dunia demi mencapai akhirat.

dan selalunya kita terlalu banyak mengingkari arahanNya,
dan terlalu sedikit mengejar untuk mengikuti suruhanNya.
sedang Dia terlalu banyak memberi nikmat demi kesenangan kita,
dan terlalu berat untuk menghukum kita,
dan terlalu kasihkan kita hingga dosa sedia diampun,
jika kita sedia mengharap, sedia memohon, sedia kembali.

namun kita terlalu sibuk dengan nikmat hingga lupa kepada pencipta nikmat,
terlalu lupa kepada pencipta diri.

Betul...
Kita memang keterlaluan..

***

Tuesday, 3 January 2012

fixture

Bismillah

the first moment when I see a patient, I see a disease, an illness, an ailment.
the next moment when I talk to the patient, I see a troubled, impaired body,
the moment when I start to listen, I see an aching soul.

We're human, not robots.
Not to be fixed, but begging to be healed.


di mana gembira ku?




Monday, 2 January 2012

dalam gelak ada kecewa...


Dalam perjalanan balik dari Arau ke Seremban lepas hantar adik saya balik ke UiTM, berhentilah kami di hentian Juru untuk solat dan lunch sekali.
Lepas selesai solat, saya tunggu bersama ibu di luar surau sementara ayah saya siap-siap dan tukar semula pakai seluar. Kebiasaan ayah saya untuk ada sehelai kain pelikat dalam beg yang orang letak kat pinggang tu, entah apa nama tah. Heh.
Sampai masa dia keluar, dia tersengih-sengih sambil melipat kain pelikat dan kitorang blur lah kenapa dok tersengih-sengih. Dia pakai selipar dan pergi ke sisi surau, membiongkok dan di tangan ada beg yang biasa dia bawak tu.

Rupanya sambil dia solat tu there's this one young guy yang tengah duduk-duduk, then bila nampak ayah saya solat, dia berpura-pura solat (hmm.. Tak tahulah pulak kalau dia solat betul-betul).. Tapi solatnya dua rakaat.. Solat sunat ke? Ke qasar Zuhr? Dia cilok beg ayah saya tu masa ayah saya tengah solat. Ayah saya sengih sebab dalam beg tu tak ada pape pun except for his ketayap, so for sure pencopet itu keciwa membuka hasil copetan yang langsung tak lumayan. Wahh hahahah~ mesti letak balik beg tu dengan perasaan malu.. "Ohh, aku pencopet yang loser~ T___T"

Tapi macam sangat mengecewakan, tempat ibadah macam tu pun ada orang buat dosa. Selalu kalau saya travel sorang-sorang, saya memang letak barang saya at one corner dan saya percaya orang yang datang surau ni mesti orang beriman dan baik-baik, takkan buat benda macam ni. Tengok benda macam ni jadi shaken up my belief in that. Dah la sanggup fake a solat.. (oh well, again, tak tahulah kan kalau fake ke real.. Tapi solat sunat sebelum mencuri? Interesting…)

Besan baru mak ayah saya merangkap mak mertua kakak saya pun ada cerita menarik. Tengah dia solat, dia letakkan handbag depan dia la kan.. Then masa tengah sujud, kepala dia kena tekan then dia meronta and menjerit-jeirit la, so rasanya macam kena tolak ke apa tah saya dah lupa, tapi point dia ialah, dia kena samun masa tengah solat, dan penyamunnya itu secara logiknya seorang wanita sebab benda tu berlaku dekat bahagian ruang solat wannita, so kalau laki masuk, mmg suspicious habis la.

Kenapakah oh kenapakahh benda-benda macam ni berlaku? Tambah lagi dekat tempat ibadah. Kalau tempat ibadah macam tu pun berlaku benda macam ni, I wonder dekat mana yang kita boleh rasa aman dari jenayah-jenayah macam ni. Akan sentiasa ada unrest in the society where people feel that they can never really trust anyone with their belongings, jangan kata strangers, kawan sendiri pun kita susah nak percaya nanti.

Perhaps, bila hukum hudud terlaksana baru orang cuak kot. Potong tangan kalau mencuri tanpa alasan yang mendesak. The effect is permanent. Pencuri tu akan hari-hari tengok tangan dia yang dah kudung dan menyesal. Tangan kanan saya pernah patah dan for a month or so saya tak dapat guna tangan tu dengan sempurna. Believe you me, masa tu sangat sangat sangat terasa betapa besarnya nikmat tangan kanan. Sangat banyak benda yang sebelum ni dengan sangat selesa dapat buat, tiba-tiba ditarik. Maafkan kalau explicit, tapi nak zip seluar pun Ya Allah seksa lain macam. That was for one month je. Imagine for a lifetime kena hadapi benda tu. Nak makan. Nak butang baju. Nak lipat baju. Potong sayur ayam segala bagai. Nak bukak balang berisi kerepek kegemaran atau air botol yang tak pernah dibuka lagi. Kepit celah peha dan cuba buka dengan tangan kiri? Done that, and it ain't easy, I tell you. Nak tuang syampu kat tangan kiri. Nak gosok ketiak kiri masa mandi pun seksa. (again, maafkan kalau explicit sangat. Uhuhu)

Dan itu sang pencopet yang nampak. Orang sekeliling pun akan nampak apa jadi kat tangan dia. Fellow pencopet akan ambil iktibar, (harapnyalah) dan insaf tak nak buat benda tu dah. Kalau orang tengok pun, orang akan berhati-hati dan jaga belongings dengan lebih berhati-hati kalau nampak dia. Well, kenalah husnu zhon kan? Entah-entah dia terpotong tangan masa tengah buat kerja kat kilang ke etc etc.

Of course, orang akan argue tentang kesan-kesan lain hukum hudud ni, pasal human rights la, kejam la.. Apa yang saya tahu, hukum ni Allah yang berikan kepada manusia untuk kita for our own good, and it brings more harm than good dan bukan simply terus boleh nak potong tangan, nak rejam orang berzina etc etc. There's a strict rule to follow for each and every crime done. Zina pun perlu 4 orang saksi and it's almost impossible to get 4 people there to witness it happen.. Kalau tak cukup 4, maka si penuduh akan dikenakan hukuman qazaf, sekalipun dia benar. As far as I know lah. So, bukan senang-senang boleh jatuhkan hukuman ya?  Kalau orang ada bukti video rakaman, tu saya tak tahu. Wallahua'lam…

Sangat berharap rasa aman dan rasa mempercayai satu sama lain tu akan dapat dikembalikan dalam masyarakat. Teringatkan kakak saya tertinggal beg masa kat Jepun.. Rasanya lama juga dia tertinggal, and yet, it was left untouch. Jepun. Bukan negara Islam. Tapi as if orang-orangnya berakhlaq lebih dari orang di negara Islam. Oh tapi tapi tapi… Malaysia negara Islam? Tak tahu tak tahu tak tahu. *zip mouth*
I'll keep quite now.

p/s: ohh ohh oh~ tadi 1st time nampak orang bawak motor gaya superman for real depan mata. Heh.

Yang menaip masa masih dalam kereta,

Wednesday, 28 December 2011

as time pass by


Jangan pernah menyesal bila kita tahu kita guna masa dengan benda yang baik.
Kadang-kadang orang rasa macam rugi bila spend lebih masa untuk ibadah dan amal-amal soleh, terutama bila kita ada seemingly more important things to do.
Contohnya masa exam.
Masa exam, tak dinafikan sememangnya preparation itu perlu dan seharusnya masa diluangkan lebih sikit untuk focus pada academics. Masa-masa yang sebelum ni diluangkan untuk main game, main futsal, memasak, boleh faham la automatic orang akan cut down, sanggup tak main futsal or X-Box or PSP. Turn masak pun sanggup tolerate. "Esok nak exam, ko tak masak pun tak pe.. Kitorang faham je."

Tapi, am wondering, kenapa masa untuk ibadah pun tiba-tiba harus dipotong?
Sebelum ni boleh pergi masjid untuk solat jemaah yang perlu drive for about 7 minutes, kenapa tidak masa exam? "Sebab nanti imam wirid lama, total masa pergi solat kat masjid nanti jadi 30 minit."
Hmmm.. Why niot?
Sebelum ni sebelum/lepas solat boleh spend just a couple of minutes untuk solat rawatib, kenapa rasa macam tak sempat nak study walaupun kita spend that very same amount of time. 5 minutes at most la kot?
Masa baca Quran diganti dengan masa tambahan untuk baca buku pelajaran.

Simple things, yang sebenarnya tak ambil masa panjang sangat pun, tapi bila ada benda yang "lebih penting" untuk difocuskan, terus amal soleh diletakkan di tangga kedua atau ketiga.



Selalu orang kata quality is more important than quantity. It's not about berapa lama kita spend untuk something, tapi berapa bagusnya kita gunakan masa tu. Mungkin logik akal orang akan fikir, since it's like that, so might as well panjangkan masa study, so that masa yang berkualiti spent for revision tu pun akan sama-sama bertambah la. Tapi at the same time, masa tak berkualiti tu tetap sama-sama memanjang juga dan terbang entah ke mana. So, kenapa tidak masa yang tak berkualiti tu diluangkan untuk ibadah-ibadah sunat as a topup untuk ibadah fardu yang memang tak sepatutnya ditinggalkan.

Orang selalu membicarakan soal berkat. Sebut berkat orang selalu fikirkan redha ibu ayah, mintak dorang doakan kejayaan kita etc etc. Macam mana dengan redha Allah? Pernah dengar dalam satu ceramah, tanda apa yang kita buat tu berkat, adalah bila kita spend little effort for something, tapi hasilnya masyaAllah, sangat-sangat tak setimpal dan lebih dari apa yang kita dah korbankan, be it tenaga, masa etc etc. Even di tempat kerja, satu cara untuk dapatkan keberkatan dalam gaji yang kita terima, cuba kita spend just a couple of minutes untuk solat rawatib lepas solat di surau.
"Tapi boss bayar gaji untuk kerja dari sekian masa ke sekian masa… nanti macam makan gaji buta pulak. Tak amanah dalam guna masa pulak" Well, think again. Boss bayar gaji ke Allah bagi rezeki? Allah bagi dari sekian masa ke sekian masa untuk kita juga, mula dari kita lahir sampai masa ajal tiba, untuk kita "bekerja" dan kutip "hasil" kat dunia ni sebagai bekal kat akhirat.

Dalam soal keduniaan, it's not wrong to work your best untuk capai the best. In fact, itu adalah satu tuntutan untuk angkat Islam di dunia. Supaya orang tak pandang lekeh pada umat Islam, pada Islam. Tapi harus diingat, bukan kerja itu sebagai kehidupan kita dan Islam sebagai pelengkap, tapi Islamlah kehidupan kita, dan kerja/study/worldly affairs adalah pelengkap kepada kehidupan ini.

Ternampak dekat wad Cardiac Care Unit, "A second lost is a myocardium lost".
I'd say, "a second lost is a chance for amal lost"..

Wallahua'lam.

Wednesday, 21 December 2011

re-emergence

I'm a lizard in a turtle shell,
and I'm coming out.















 Oh well hello world!

(and again, may this one is of benefit to myself in my pursuit of self-improvement and others...)

with love,
~zS