Sunday, 23 October 2011

company

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Setelah berbulan rasanya ter"cuti" dari usrah,
struggle balik-balik cari orang nak contact etc etc,
akhirnya usrah bermula dan few times after that, daurah pertama sejak kembali.
Have to say, sesungguhnya merindui perasaan itu, dan diri ku yang ter"tinggal" bila dah lama tak merasai.

Membuatkan terfikir, betapa TZ tak cukup kuat,
dan betapa bi'ah/environment/surrounding tu sangat penting dalam menentukan macam mana kita.
Suka dengan quote ni, which I've posted a few times dalam blog lama pun.
You are the average of 5 people you're closest to.
Dengan berkawan dan bersahabat, we just can't help to be influenced dengan masing-masing.
Masing-masing give and take, dan up to us untuk pilih apa yang nak give and take. Boleh jadi kita tak sengaja atau sengaja untuk give bad/good things, dan juga at the same time take good/bad things. Yang penting aware.

Dan membuatkan terfikir,
bi'ah yang ku berada sekarang, am not as ideal as I'd hope.
Mengenangkan suasana masa daurah tu,
memang tak pelik kalau masa tu lain, masa ni pula jadi lain.
Again, menggambarkan TZ yang tak cukup mantap.
Jujurnya, terasa sangat-sangat segan dengan semua orang masa daurah tu. Terasa am not one of them. Rasa tak patut rasanya berada di situ, among them great people.

Dan membuatkan terfikir,
since bi'ah sekarang tak cukup baik seperti yang diharapkan,
persoalan sekarang ialah, why not YOU make that bi'ah a better one? Persoalan next step setelah kita cuba usaha untuk perbaiki diri, dan tak berhenti sekadar pada diri sendiri, kita usaha influence orang lain untuk sama-sama jadi baik.

Well, persoalan basic. Guess I needed to go back to the basics. Dan jujurnya diri ini masih banyak kelemahan yang kena dibaiki tapi harusnya berusaha dan berusaha.
Dan sefahamnya saya, usaha yang terbaik adalah praktikal. Susah untuk sekadar bercakap dan bercakap, sedangkan diri sendiri tak buat, dan orang tengok pun, "apahal cakap berapi tapi sendiri macam tu?"
Orang melihat dan orang tetap menilai, what they should take from you. Teruskan beramal soleh, dan indirectly orang sekeliling akan terkesan. Be one of the 5 person closest to a friend.

Dan persoalan bilangan pun penting.
5 person. Kalau lagi ramai, lagilah besar kesannya.
Imagine Nabi Muhammad sorang-sorang nak implement undang-undang Islam tanpa orang lain faham dan bersetuju, maka of course kena reject habis-habisan. Membuatkan terfikir, sekarang sibuk nak amalkan hudud, tapi ramai orang tak faham, dan tak ada sistem yang mencegah, macam mana orang nak terima? I'm not against hudud, of course. It's just there are other necessary measures need to be taken sebelum orang boleh terima.

Dan one of the measures adalah meramaikan orang yang faham.
Dia macam.. not sure how should I put it, tapi imagine dalam satu ruang/bilik, berbincang tentang something, dan bila dah ramai orang setuju sesuatu dan faham sesuatu, yang tak berapa faham ni akan turut sama tersetuju, dan in a way pun akan menyebabkan dia wonder, apa yang aku tak faham macam dorang faham? Dengan suara ramai tu, seolah-olah orang akan menerima benda tu as the truth. Sort of like, "since semua orang accept benda tu as truth, mesti ada something wrong kat aku yang tak dapat nampak that truth". Dan benda ni, even benda yang tak betul pun, andai disetujui ramai, yang faham pun boleh jadi confuse apa yang betul dan salah, kalau tak firm kefahaman.

Dan hari ni saya kena bentang Al Qari'ah dalam usrah.
Pada saya penting untuk fahami arabnya instead of baca je terjemahan jadi most of the time saya akan dengan recording tafseer Bro Nouman Ali Khan, which he explained in great detail dengan words yang digunakan dalam certain surah. Last minute preparation (teruk, I know.. huuhuhuh) baru dengar recording, satu part tu dia ceritakan betapa Allah "mencilok ownership" of certain words.
Contohnya, perkataan Hajj. Sebelum datangnya Islam, hajj itu bermaksud pilgrimage to an important place. Tapi sekarang, Hajj itu exclusive kepada Kaa'bah. Semua orang faham.
Caranya, penyampaian para sahabat pada orang keliling, sampai they all accepted it.

Zaman sekarang, the same. Cuma lebih extensive dan cepat dengan media yang luas dan laju. Perkataan Google, kejap je diterima as a verb. Semua faham kalau kita cakap, "sila Google ya". Sebab ramai orang guna, maka semua pun readily terima.
Fesyen-fesyen pelik-pelik pun muncul, dan ramai terima bila ramai orang gayakan.
Pelik je tengok tudung zaman sekarang. Gaya bonggol unta tu dulu tak faham, sekarang macam dah selalu nampak. Gaya tudung Hana Tajima. Sebelum ni pelik tudung style apa ni, pastu kawan cakap tu Hana Tajima. haihhh..

Kesimpulannya, sangat mudah untuk pengaruhi/dipengaruhi orang. Both, really. Give and take. So as an individual, sangat penting untuk kita aware dan muhasabah, apa sebenarnya yang kita dah give pada orang, dan apa yang kita dah take dari orang. Kita tak sedar kalau tak muhasabah. Muhasabah. Critic diri sendiri. Fikir apa yang dah berubah dan macam mana aku boleh berubah jadi macam tu. Apa aku patut ubah lagi.

Dan andai tak berada dalam bi'ah yang ideal,
persoal diri sendiri,
kenapa tak KITA yang bina bi'ah tu?
Takkan nak terus dipengaruhi dan tak mempengaruhi dengan lebih berfokus?

This is me reminding me of the basics, in case I forgot again... 

since when I've became so... graphic? haihh~

p/s: saya bangga dengan kawan-kawan hasil didikan uni yang ketengahkan aspek biopsychosocial patient dan bukan saja merawat symptoms dan nak discharge patient keluar dari ward secepat mungkin. patient dirawat semua aspek, bukan sekadar symptoms. terbaik~!!


with love,
~hS

No comments:

Post a Comment